Kem Kesedaran Penggunaan Internet Di Smk Seri Setia
8 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2019, Pusat Internet PPR Batu gong dijemput untuk mejayakan Kem Kesedaran Penggunaan Internet bertempat di SMK Seri Setia.Kem ini telah disertai seramai 150 orang pelajar tingkatan 3 serta 2 orang guru pengiring. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang Klik Dengan Bijak semasa melayari internet dan Keselamatan Internet semasa menggunakan Internet. Peserta didedahkan cara untuk membuat kata kunci keselamatan yang betul dan benda perlu dibuat supaya data kita tidak di ceroboh oleh orang yang tidak betanggungjawab. Peserta dinasihatkan agar melindungi data peribadi sendiri tanpa sewenang -wenangnya memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali juga tidak terlampu berkongsi hal peribadi di dalam media sosial. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan jika dibuli secara dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dikongsikan dengan keburukan ketagihan internet yang terlampau dalam hidup seharian. Dalam masa sama, pihak pusat internet membuat permainan yang berhubung kait dengan kem kesedaran penggunaan internet supaya peserta lebih memahami apa yang penceramah berikan.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:
• Mendedahkan peserta dengan cara membuat “password” yang selamat untuk digunakan dan cara membuat kata kunci tersebut.
• Berkongsi kepada pelajar tentang perkongsian melampau dan cara-cara untuk mengehadkan serta memaksimumkan perlindungan data peribadi
• Berkongsi kesedaran dalam ketagihan penggunaan internet dalam kehidupan seharian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: